MAJLIS APRESIASI PERKHIDMATAN AWAM 2025 & MAJLIS SANJUNGAN BUDI 2026 JPS NEGERI JOHOR

JPS Negeri Johor ingin menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam 2025 & Majlis Sanjungan Budi 2026 JPS Negeri Johor.

Sokongan padu daripada YB EXCO amat bermakna dalam menghargai titik peluh warga kerja JPS Johor yang sentiasa komited menggalas amanah. Terima kasih YB atas kata-kata semangat dan sokongan yang berterusan!

Tahniah diucapkan kepada 51 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dan terima kasih diucapkan kepada 33 warga kerja yang akan bersara pada tahun ini serta Selamat Maju Jaya diucapkan kepada 5 orang pegawai dan kakitangan yang berpindah jabatan. Khidmat bakti anda akan tetap dikenang!

Semoga ukhuwah dan kecemerlangan ini terus mekar demi pembangunan Negeri Johor Darul Ta’zim.

#JPSJohor
#majujohor
#jayakanperkhidmatansempurna
#Madanibekerja
#SahihTepatPantas

Scroll to Top